Catatan Dari Seorang Insan Yg Dhaif

Ketahuilah..kejayaan manusia hanyalah dalam agama. Sejauh mana manusia itu dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi S.A.W.......

Rabu, 14 Januari 2009

NERKA JAHANNAM DIHARAMKAN UNTUK 4 MACAM MATA

Dikatakan bahawa Neraka Jahannam diharamkan untuk 4 macam mata, iaitu :-

1)  Mata yang berjaga di jalan Allah.
2)  Mata yang dikorbankan di jalan Allah.
3)  Mata yang tiak digunakan untuk melihat benda yang haram.
4)  Mata yang menangis kerana takut kepada Allah.

Selain daripada itu ada 2 titisan, 2 penahan dan 2 langkah yang sangat disukai oleh Allah SWT. 
2 titisan tersebut ialah : 
i)  Darah yang tertumpah di medan jihad,
ii) Titisan air mata kerana takut kepada Allah.

2 penahan tersebut ialah :
i)  Menahan diri dari rasa marah 
ii) Menahan diri dari rasa cemas dan digantikan dengan kesabaran.

2 langkah tersebut ialah : 
i)  Langkah orang yang pergi ke masjid,
ii) Langkah orang yang bersilaturrahmi. 

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama