Catatan Dari Seorang Insan Yg Dhaif

Ketahuilah..kejayaan manusia hanyalah dalam agama. Sejauh mana manusia itu dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi S.A.W.......

Ahad, 18 Januari 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

PETUA

PETUA-PETUA DARI DR FAZLEY

 1.        Digigit serangga -  Untuk menghilangkan rasa-rasa gatal akibat digigit serangga, campurka separuh gelas cuka epal bersama separuh gelas air kosong lalu disapukan ke bahagian berkenaan.

 2.    Jangkitan Gusi dan Sakit Gigi -  3 sudu teh cuka dan 6 sudu teh air mawar dicampur dengan segelas air lalu dikumur. Lakukan 3 kali sehari.

 3.     Mabuk Darah -  Ambil segenggam pokok kangkung, perahkan sehingga mengeluarkan cecair dan ambil cecair tadi lalu diminum.

 4.     Menghentikan Darah Luka - Ambil daun lalang muda kemudian tumbuk sehingga lumat dan tampalkan pada luka yang baru.                                                                                                                                                                                                                                       5.        Menjaga Suara -  Ambil sebiji limau nipis dan perahkan dalam air panas, campurkan gula batu dan minum. Seeloknya minum sewaktu bangun pagi dan sebelum menggosok gigi.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Rabu, 14 Januari 2009

ENAM SIFAT PARA SAHABAT

Enam Sifat Para Sahabat

Para-para sahabat mempunyai 6 sifat yang terunggul. Dengan sifat-sifat inilah mereka digelar "Radhiallahu 'anhum waradhuu 'anhu". Di dunia lagi mereka telah mendapat redha Allah. 

6 sifat itu ialah :-
1)  Beriman dengan Kalimah Tayyibah (Laa ilaaha illallaah, Muhammadur rasuulullaah)
2)  Solat Khusyuk & Tawadhuk
3)  Ilmu & Zikir
4)  Ikram Muslimin
5)  Ikhlas Niat
6)  Korban Diri & Harta di Jalan Allah

Keterangan Tentang 6 Sifat

1)  LAA ILAAHA ILLALLAAH, MUHAMMADUR RASUULULLAAH
Maksud Laa ilaaha illallaah - Tiada tuhan selain Allah serta bermaksud mengeluarkan 100% kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati kita. Maksudnya juga, tiada yang berkuasa membuat sesuatu tanpa izin Allah, dan Allah boleh buat apa saja tanpa izin makhluk. Laa ilaaha illallaah adalah kalimah Iman. Iman tidak ada hadnya sepertimana tidak ada hadnya kebesaran dan kekuasaan Allah. Untuk memperkuatkan Iman kita perlu buat 3 perkara iaitu :
i)    Banyak bercakap tentang kebesaran Allah
ii)   Apabila orang bercakap tentang kebesaran Allah hendaklah kita mendengarnya dengan                  penuh tumpuan serta membenarkannya
iii)  Kita hendaklah berdoa memohon Iman seperti seorang fakir memohon. Apabila Iman                    kita kuat, maka mudahlah kita untuk mentaati segala perintah Allah.
Nilai Iman - Iman sebesar zarah, harganya di sisi Allah ialah Syurga yang luasnya 10 kali dunia.
Kelebihannya
i)    Barangsiapa di akhir kalamnya dapat melafazkan kalimah ini maka wajib Syurga ke atasnya.
ii)   Kalimah ini adalah anak kunci ke Syurga.

Maksud Muhammadur Rasuulullaah -  Muhammad itu adalah pesuruh Allah serta yakin hanya cara Nabi SAW membawa kejayaan dunia dan di akhirat. Tidak ada cara lain. Kalimah ini adalah kalimah Amal. Ia tidak boleh dipisahkan dengan kalimah Iman. Seluruh Sunnah Nabi SAW adalah amalan keseluruhan Agama. Kekurangan dalam mengamalkan Sunnah adalah kekurangan dalam mengamalkan Agama. Kekurangan dalam mengamalkan Agama menandakan kekurangan Iman.
Kelebihannya - Barangsiapa dapat mengamalkan Sunnah Nabi SAW di zaman kerosakkan Ummat, maka ganjarannya 100 pahala mati syahid.

2)   SOLAT KHUSYU' & TAWADHU'
Maksudnya -  Bagaimana nak membawa ketaatan dalam solat ke luar solat. Contohnya dalam solat kita sentiasa mengingati Allah, menundukkan pandangan begitu juga di luar solat. Dan juga macammana solat kita solat yang dapat menarik rahmat Allah SWT. Solat adalah perintah Allah yang paling unggul yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Solat yang terbaik ialah solat Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya yang telah belajar terus dari Nabi SAW. Untuk mendapat solat yang terbaik kita kena buat 3 perkara iaitu :
i)  Apabila kita melihat orang yang tidak solat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.
ii) Apabila kita berdiri dalam solat, kita hendaklah membawa 5 perkara, iaitu :
* Yakin yang betul (sahih) bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh buat apa tanpa izin Allah.
 *  Bersolat dengan cara Nabi SAW (membetulkan bacaan dalam solat serta mengetahui perkara masael dalam solat. Jika kita tidak tahu perkara masael dalam solat hendaklah kita bertanya dengan para alim ulamak.
 *  Berdiri dalm solat, seumpama kita sedang menghadap Allah atau Allah sedang melihat kita.
 *  Membayangkan faedah atau ganjaran yang dijanjikan oleh Allah ke atas orang yang solat.
 *  Melakukan solat semata-mata dengan niat mencari redha Allah.
iii)  Apabila selesai mengerjakan solat maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah telah memberikan taufiq kepada kita untuk mengerjakan solat serta beristighfar di atas kecacatan dalam solat. Solat yang baik akan menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah dan dapat mencegah kita dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
Kelebihannya -  Dalam sebuah hadith, diebutkan bahawa barangsiapa yang dapat menjaga solatnya pada awal waktu akan mendapat 5 ganjaran iaitu :-
  1)  Dipermudahkan rezki untuknya,
  2)  Diangkat azab kubur,
  3)  Diberi buku catatan amal di padang mahsyar melalui tangan kanan,
  4)  Melintas titian sirat sepantas kilat
  5)  Masuk syurga tanpa hisab. 
Dan barangsiapa dapat menjaga solatnya selama 40 hari di tempat azan di azankan tanpa ketinggalan takbiratul ula akan mendapat 2 kelepasan iaitu :-
   1)  Kelepasan dari api neraka dan
   2)  Kelepasan dari sifat munafik.
Beberapa keutamaan dalam solat -
   *  Solat adalah tanda bagi orang yang beriman
   *  Solat adalah tiang agama Islam
   *  Solat adalah pembeza antara Islam dengan Kafir
   *  Solat adalah tembok antara muslim dengan syirik
   *  Solat adalah jihad yang terbaik
   *  Solat adalah cahaya bagi orang mukmin
   *  Solat adalah cahaya hati
   *  Solat adalah anak kunci syurga
   *  Solat akan menggelapkan wajah syaitan. 

3)   ILMU & ZIKIR
Maksud Ilmu -  Apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari redha Allah dan bagaimana untuk mengikuti sunnah Nabi SAW. Ilmu terbahagi pada 2 bahagian iaitu :-
1)  Ilmu Fadhail Amal (tentang kelebihan amal) - menceritakan tentang kelebihan amal seperti kelebihan Solat, Zikir, Al-Quran dan sebagainya. Untuk mendapatkannya kita hendaklah duduk dalah halkah taklim di masjid atau di rumah. 
2)  Ilmu Masael (tentang hukum-hakam) -  seperti Ilmu Fekah, Syariat, Muamalat, Hudud dan lain-lain lagi. Untuk mendapat Ilmu ini kita hendalah berjumpa dengan Ustaz-Ustaz atau Alim-Ulama'. 
Kelebihannya -  Barngsiapa yang keluar dari rumahnya untuk pergi menuntut Ilmu Agama maka para Malaikat akan menghampar sayapnya dan semua makhluk di langit dan di bumi sekalipin ikan-ikan di laut akan memohon keampunan untuknya. Allah SWT akan permudahkan untuknya jalan ke syurga.                   

Label:

NERKA JAHANNAM DIHARAMKAN UNTUK 4 MACAM MATA

Dikatakan bahawa Neraka Jahannam diharamkan untuk 4 macam mata, iaitu :-

1)  Mata yang berjaga di jalan Allah.
2)  Mata yang dikorbankan di jalan Allah.
3)  Mata yang tiak digunakan untuk melihat benda yang haram.
4)  Mata yang menangis kerana takut kepada Allah.

Selain daripada itu ada 2 titisan, 2 penahan dan 2 langkah yang sangat disukai oleh Allah SWT. 
2 titisan tersebut ialah : 
i)  Darah yang tertumpah di medan jihad,
ii) Titisan air mata kerana takut kepada Allah.

2 penahan tersebut ialah :
i)  Menahan diri dari rasa marah 
ii) Menahan diri dari rasa cemas dan digantikan dengan kesabaran.

2 langkah tersebut ialah : 
i)  Langkah orang yang pergi ke masjid,
ii) Langkah orang yang bersilaturrahmi. 

Khamis, 8 Januari 2009

DUNIA ADALAH PERSINGGAHAN

1)  Dunia ini penuh ranjau dan dugaan, dunia ini penuh tipu daya dan syaitan, jangan anda lalai tanpa tujuan kerana dunia yg indah ini adalah persinggahan sementara untuk insan. Dunia yg indah ini adalah ujian. :- (Hukamak)

2)  Orang yg beriman akan mengetahui rahsia kejadian alam, kerana dlm hatinya sentiasa tersembunyi pertanyaan-pertanyaan ymg meminta jawapan. Pertanyaan tersebut iaiti :- Alam itu apa? Manusia itu siapa? Dari mana keduanya datang? Siapa yg menciptakan keduanya? Ke mana tujuan keduanya? Bagaimana permulaan terjadi keduanya? Siapa yg mengatur gerak keduanya? Apa erti hidup ini? Apa erti kematian itu? Bagaimana keadaan masa yg akan datang yg sedang menunggu kita? :- (Yusof Al Qardawi)

3)  Dengan memerhatikan alam semesta, fitrah dan akal manusia mengatakan, sesungguhnya Pencipta Yg Maha Bijaksana telah menciptakan alam ini tidaklah dengan sia-sia. :- (Hukamak)

4)  Tujuan yg sebenar dalam menciptakan langit dan bumi ini dirasakan oleh fitrah dan akal orang yg beriman, iaitu bahawa manusia dalam alam ini mempunyai tugas dan tanggungjawap, dan di sebalik hidup yg fana dan penuh cubaan ini ada lagi kehidupan yg lain. Itulah tujuan hidup dan ke sanalah kesudahan perjalanan hidup manusia. Disitu orang yg berbuat kebaikan akan menerima balasan yg baik, dan sebaliknya orang yg membuat kesalahan akan menerima balasan yg buruk, sehingga akan nyata dan berbeza orang baik dengan yg buruk. :- (Yusof Al Qardawi)

5)  Dunia ini adalah kerajaan Allah, segala yg ada di alam ini adalah bekas rahmat Allah. Manusia ini adalah khalifah Allah, diciptakan untuk memuja Allah dan memikul amanat Allah. Hidup ini adalah pemberian Allah dan kematian adalah qadar atau ukuran dari Allah. Dunia ini kebun tempat berusaha untuk utk mematuhi perintah Allah, dan akhirat itu masa menuai dan menerima balasan dari Allah. Orang yg bahagia adalah orang yg menjalankan petunjuk Allah, dan orang yg malang ialah orang yg membelakangkan diri dari pengajaran Allah. Manusia ini memikul beban dan tanggungjawab dalam negeri yg fana dan penuh cubaan ini, supaya mempunyai persiapan untuk selamanya dalam negeri yg kekal. Kematian adalah jambatan yg menghubung antara keduanya. :- (Hukamak)

6)  Alam adalah laksana sebuah kitab yg besar yg terbentang di muka kita, di dalamnya cukup tertulis perjuangan hidup yg telah di tempuh manusia, ada yg beruntung bahagia dan ada pula yg jatuh sengsara. Bagi orang yg bijaksana semuanya itu akan dijadikan guru untuk mengambil pelajaran. :- (Cendiakawan)

7)  Alam ini mulanya tidak ada, kemudian ada  dan kemudian lenyap kembali. Harta dan jiwa tidak diberikan sebagai kepunyaan yg tetap, akan tetapi sebagai pinjaman. Setiap sesuatu yg ada permulaan, akan ada perubahan dan akan ada akhirnya. :-(Hukamak)

8)  Orang-orang yg tidak beriman akan memandang alam ini dengan sebelah mata, dan bagi orang yg beriman memandang dunia ini dengan 2 mata, iaitu dengan mata zahir dan mata batin. Dengan pandangan batin inilah orang tidak mahu berbuat kejahatan walaupun tidak ada orang yg melihatnya, kerana itu pula manusia dapat hidup bahagia dan mahu mengorbankan hartanya. :- (Hukamak)

9)  Di dunia ini lebih mudah berbuat kebaikan dari kejahatan, tetapi manusia lebih condong berbuat kejahatan dari kebaikan. Hal ini disebabkan nafsu lebih tua daripada akal. Iblis lebih tua umurnya berbanding manusia. Sedangkan manusia itu di kepung dari 4 penjuru, kiri hawa di kanan nafsu, di muka dunia, di belakang syaitan. Tubuh dan dunia berada dlm kotoran, oleh kerana itu jiwa perlu dibersihkan dengan pengetahuan dan keimanan. :- ( Hukamak)

10)  Dunia ini untuk kegembiraan, akan tetapi kegembiraan itu dibungkus dengan kesusahan. Dunia adalah jambatan yg tidak kekal untuk melalui ke negeri yg baqa'. :- (Hukamak) 

Selasa, 6 Januari 2009

SEBAB SEBAB KITA SUSAH

Assalamualaikum...
Baca, amal dan sampaikan kepada orang lain...

Dalam kitab Al Baqarah Fii fadl Lis Sa'yiwal Harakah yg disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al Habshi telah menerangkan perkara-perkara yg menjadi hubung kait dengan kesusahan seseorang itu :-
* Tidak solat
* Bila makan tak baca Bismillah
* Makan di atas pinggan yg terbalik
* Mula pakai kasut dengan sebelah kiri
* Menganggap ringan apa apa yg terjatuh dlm hidangan makanan
* Berwudhuk ditempat buang air besar atau kecil
* Suka bersandar pd pintu rumah
* Suka duduk diatas tangga
* Membiasakan diri membasuh tangan dlm pinggan selepas makan
* Membasuh tangan dengan tanah @ tepung
* Tidak membersih rumah
* Membuang atau menyapu sampah dgn kain
* Suka membersih rumah pada waktu malam
* Suka tidur atas muka
* Membakar kulit bawang
* Menjahit baju yg sedang di pakai
* Mengesat muka dengan baju
* Berdiri dengan bercekak pinggang
* Tidur tak pakai baju
* Makan sebelum mandi junub (mandi hadas)
* Suka memadam lampu minyak tanah @ lilin dengan nafas
* Tergesa-gesa keluar masjid selepas solat (subuh)
* Matahari belum terbit sudah pergi pasar
* Lambat pulang dari pasar
* Berdoa hal yg tak baik
* Tidak menutup makanan yg dihidangkan
* Membuang kutu kepala dlm keadaan hidup
* Membasuh kaki dengan tangan kanan
* Suka kencing pada air yg mengalir
* Memakai seluar sambil berdiri
* Memakai serban sambil duduk
* Mandi junub di tempat buang air atau najis
* Makan dengan menggunakan dua jari
* Berjalan antara dua kambing
* Berjalan antara dua perempuan
* Suka mempermainkan janggut
* Suka meletakkan jari tangan di atas bahagian lutut
* Meletakkan tapak tangan di hidung
* Suka menggigit kuku
* Suka mendedahkan aurat di bawah sinar matahari @ bulan
* Mengadap kiblat ketika buang air
* Menguap ketika solat
* Meludah di tempat buang air

Wassalam......

Pengenalan Tentang Madrasah

NAMA     :     Madrasah Tahfiz Al Quran Penanti,
LOKASI  :                    Mengkuang Titi,
                                   14400 Bukit Mertjam,
                                           Pulau Pinang.
TEL .        :                         04 5215682

SENARAI GURU GURU MTMT
A)  GURU KELAS TAHFIZ :- 
        1. Ust Hatim
        2. Ust Roshdi
        3. Ust Ahmad Maleki
        4. Ust Faisal
        5. Ust Azham
        6. Ust Ilyas

B) GURU KELAS ALIM :-  
       1. Ust Ahmad Omar (Mudir madrasah)
       2. Ust Kamal (Penolong Mudir)
       3. Ust Abdullah Azra'ie
       4. Ust Fadzlan
       5. Ust Firdaus
       6. Ust Najmuzzaman
       7. Ust Mazlan
       8. Ust Ust Hafiz Maarof
       9. Ust Salmi

SENARAI GURU & PELAJAR KELAS TAHFIZ
A)   KELAS UST HATIM
            *  Luqman Hakim       *  Muaz Abd Rahim
            *  Zamree                     *  Yusof Ust Hatim
            *  Yusof Ali Badar       *  Ibrahim
            *  Omar Ust Hatim     *  Syakir Mazlan
            *  Uwais Arba'ie          *  Hafiz Amri
            *  Taufiq
            
B)   KELAS UST MALEKI
           *  Zakaria      *  Zainul Muttaqin
           *  Husin         *  Thaqifuddin
           *  Hafiz Ismail    *  Abdullah Mubarak
           *  Jaafar              *  Mohd Syakir Mahadhir
           *  Mohd Qasim   * Amirudin
           *  Mohd Syafiq Mahadhir   * Mohd Syafiq Harith  
            
C)  KELAS  NAZIRAH (UST AZHAM)
           *  Izzul Muzakkir          *  Muaz Yahya
           *  Daud                           *  Yassir
           *  Harun                         *  Abu Zar
           *  Ishak                          *  Inamul Hasan
           *  Yunus                         *  Syadzwan
           *  Zuhail                         *  Anas Zubir
           *  Shahid                        *  Zulhelmi
           *  Kamarul Zaman
  

Pegenalan

Saya Faisal b Ahmad. Sekarang saya sedang berkhidmat di Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi. Pada asalnya saya adalah salah seorang pelajar di sini. Entah macammana dengan izin Allah, saya mengajar dekat sini pulak... Madrasah ini dibuka pada tahun 1990. Sebelum ini saya pernah mengajar dekat Langgar, Alor Star, Bukit Choras, Kota Sarang Semut. Dan sekarang di Mengkuang Tt. Tak taulah ini adalah madrasah yg terakhir ataupun tidak.