Catatan Dari Seorang Insan Yg Dhaif

Ketahuilah..kejayaan manusia hanyalah dalam agama. Sejauh mana manusia itu dapat taat perintah Allah ikut cara Nabi S.A.W.......

Rabu, 14 Januari 2009

ENAM SIFAT PARA SAHABAT

Enam Sifat Para Sahabat

Para-para sahabat mempunyai 6 sifat yang terunggul. Dengan sifat-sifat inilah mereka digelar "Radhiallahu 'anhum waradhuu 'anhu". Di dunia lagi mereka telah mendapat redha Allah. 

6 sifat itu ialah :-
1)  Beriman dengan Kalimah Tayyibah (Laa ilaaha illallaah, Muhammadur rasuulullaah)
2)  Solat Khusyuk & Tawadhuk
3)  Ilmu & Zikir
4)  Ikram Muslimin
5)  Ikhlas Niat
6)  Korban Diri & Harta di Jalan Allah

Keterangan Tentang 6 Sifat

1)  LAA ILAAHA ILLALLAAH, MUHAMMADUR RASUULULLAAH
Maksud Laa ilaaha illallaah - Tiada tuhan selain Allah serta bermaksud mengeluarkan 100% kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah ke dalam hati kita. Maksudnya juga, tiada yang berkuasa membuat sesuatu tanpa izin Allah, dan Allah boleh buat apa saja tanpa izin makhluk. Laa ilaaha illallaah adalah kalimah Iman. Iman tidak ada hadnya sepertimana tidak ada hadnya kebesaran dan kekuasaan Allah. Untuk memperkuatkan Iman kita perlu buat 3 perkara iaitu :
i)    Banyak bercakap tentang kebesaran Allah
ii)   Apabila orang bercakap tentang kebesaran Allah hendaklah kita mendengarnya dengan                  penuh tumpuan serta membenarkannya
iii)  Kita hendaklah berdoa memohon Iman seperti seorang fakir memohon. Apabila Iman                    kita kuat, maka mudahlah kita untuk mentaati segala perintah Allah.
Nilai Iman - Iman sebesar zarah, harganya di sisi Allah ialah Syurga yang luasnya 10 kali dunia.
Kelebihannya
i)    Barangsiapa di akhir kalamnya dapat melafazkan kalimah ini maka wajib Syurga ke atasnya.
ii)   Kalimah ini adalah anak kunci ke Syurga.

Maksud Muhammadur Rasuulullaah -  Muhammad itu adalah pesuruh Allah serta yakin hanya cara Nabi SAW membawa kejayaan dunia dan di akhirat. Tidak ada cara lain. Kalimah ini adalah kalimah Amal. Ia tidak boleh dipisahkan dengan kalimah Iman. Seluruh Sunnah Nabi SAW adalah amalan keseluruhan Agama. Kekurangan dalam mengamalkan Sunnah adalah kekurangan dalam mengamalkan Agama. Kekurangan dalam mengamalkan Agama menandakan kekurangan Iman.
Kelebihannya - Barangsiapa dapat mengamalkan Sunnah Nabi SAW di zaman kerosakkan Ummat, maka ganjarannya 100 pahala mati syahid.

2)   SOLAT KHUSYU' & TAWADHU'
Maksudnya -  Bagaimana nak membawa ketaatan dalam solat ke luar solat. Contohnya dalam solat kita sentiasa mengingati Allah, menundukkan pandangan begitu juga di luar solat. Dan juga macammana solat kita solat yang dapat menarik rahmat Allah SWT. Solat adalah perintah Allah yang paling unggul yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad SAW. Solat yang terbaik ialah solat Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabatnya yang telah belajar terus dari Nabi SAW. Untuk mendapat solat yang terbaik kita kena buat 3 perkara iaitu :
i)  Apabila kita melihat orang yang tidak solat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.
ii) Apabila kita berdiri dalam solat, kita hendaklah membawa 5 perkara, iaitu :
* Yakin yang betul (sahih) bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh buat apa tanpa izin Allah.
 *  Bersolat dengan cara Nabi SAW (membetulkan bacaan dalam solat serta mengetahui perkara masael dalam solat. Jika kita tidak tahu perkara masael dalam solat hendaklah kita bertanya dengan para alim ulamak.
 *  Berdiri dalm solat, seumpama kita sedang menghadap Allah atau Allah sedang melihat kita.
 *  Membayangkan faedah atau ganjaran yang dijanjikan oleh Allah ke atas orang yang solat.
 *  Melakukan solat semata-mata dengan niat mencari redha Allah.
iii)  Apabila selesai mengerjakan solat maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah telah memberikan taufiq kepada kita untuk mengerjakan solat serta beristighfar di atas kecacatan dalam solat. Solat yang baik akan menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah dan dapat mencegah kita dari melakukan maksiat dan kemungkaran.
Kelebihannya -  Dalam sebuah hadith, diebutkan bahawa barangsiapa yang dapat menjaga solatnya pada awal waktu akan mendapat 5 ganjaran iaitu :-
  1)  Dipermudahkan rezki untuknya,
  2)  Diangkat azab kubur,
  3)  Diberi buku catatan amal di padang mahsyar melalui tangan kanan,
  4)  Melintas titian sirat sepantas kilat
  5)  Masuk syurga tanpa hisab. 
Dan barangsiapa dapat menjaga solatnya selama 40 hari di tempat azan di azankan tanpa ketinggalan takbiratul ula akan mendapat 2 kelepasan iaitu :-
   1)  Kelepasan dari api neraka dan
   2)  Kelepasan dari sifat munafik.
Beberapa keutamaan dalam solat -
   *  Solat adalah tanda bagi orang yang beriman
   *  Solat adalah tiang agama Islam
   *  Solat adalah pembeza antara Islam dengan Kafir
   *  Solat adalah tembok antara muslim dengan syirik
   *  Solat adalah jihad yang terbaik
   *  Solat adalah cahaya bagi orang mukmin
   *  Solat adalah cahaya hati
   *  Solat adalah anak kunci syurga
   *  Solat akan menggelapkan wajah syaitan. 

3)   ILMU & ZIKIR
Maksud Ilmu -  Apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari redha Allah dan bagaimana untuk mengikuti sunnah Nabi SAW. Ilmu terbahagi pada 2 bahagian iaitu :-
1)  Ilmu Fadhail Amal (tentang kelebihan amal) - menceritakan tentang kelebihan amal seperti kelebihan Solat, Zikir, Al-Quran dan sebagainya. Untuk mendapatkannya kita hendaklah duduk dalah halkah taklim di masjid atau di rumah. 
2)  Ilmu Masael (tentang hukum-hakam) -  seperti Ilmu Fekah, Syariat, Muamalat, Hudud dan lain-lain lagi. Untuk mendapat Ilmu ini kita hendalah berjumpa dengan Ustaz-Ustaz atau Alim-Ulama'. 
Kelebihannya -  Barngsiapa yang keluar dari rumahnya untuk pergi menuntut Ilmu Agama maka para Malaikat akan menghampar sayapnya dan semua makhluk di langit dan di bumi sekalipin ikan-ikan di laut akan memohon keampunan untuknya. Allah SWT akan permudahkan untuknya jalan ke syurga.                   

Label:

0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama